Twitter Updates

    23 December 2011

    Ikea Meatball Vs Pizza Hut Cheese Baked Meatball

    Hai hai! Semua orang mesti pernah dengar, baca di blog-blog atau pernah makan Meatball Ikea yang famous gila tu kan? saya pernah rasa sekali saja. Dan rasanya, sekali rasa tu pun dah cukup untuk buat saya tak kempunan nak merasa lagi.

    Bukan lah tak sedap, nanti orang kata tak bersyukurlah engkau ni, orang dekat Somalia tu jangankan meatball, fishball pun belum tentu pernah jumpa. Baiklahhhhhhh. Entry ini hanya nak compare kan 2 jenis meatball di Malaysia, tak ada kena mengena dengan tak besyukur ataupun dengan mana-mana warga Somalia.

    Ikea Meatball. Sempat di-snap sebelum ditelan.

    Pada saya, meatball Ikea ni sesuai untuk orang yang mementingkan kuantiti dari rasa. Sebab jumlah memang banyak, ada french fries pula di situ. Memang sure mengenyangkan, lain lah engkau ada bela tiga empat ekor hantu raya ke apa.

    Appearance pulak memang menyelerakan. Macam tak sempat-sempat je nak pergi duduk makan dekat meja, sebelum bayar dah hilang 2 biji. MACAM sajalah. Jangan tak senonoh sangat OK. Tapi bila dah makan, baru lah rasa macam alahai, saya meletakkan harapan yang terlalu tinggi pada bebola daging yang innocent ini. Kuah dia rasa plain, jem apa yang dia letak tu pun tak membantu sangat. Daging meatball dia pun tak rasa sangat begitu kedagingan (?)

    Tapi, mungkin ini lah style bebola daging Swedish. Cuba bagi orang sweden tu makan sambal belacan kita, confirm lah kan dia pun mengata HOI ini makanan apa? Nak kasi aku kena sembelit agaknya?? OKFINEEEE.

    Last few weeks semasa bersukaria dengan kawan-kawan di Pizza Hut, ada salah seorang dari kami pesan menu Cheese Baked Meatball.

    Cheese Baked Meatball Pizza Hut. Dah beberapa kali makan, tapi tak pernah dapat tangkap gambar sebelum ditelan.

    Cheese Baked Meatball Pizza Hut ini adalah AWESOME! Walaupun tak ada french fries, makan dia saja pun dah boleh tersenyum kepuasan. Makan sambil tutup mata, menghayati every single bite sebab serious sedap!

    Walaupun appearance tak hebat, mungkin sebab pekerja dia yang buat cincai ke apa ntah. Baked Meatball ni ada 2 jenis kuah, macam dekat atas tu kuah Carbonara. Satu lagi, kuah Massala. Saya pernah cuba dua-dua, tapi kuah Massala tu memang masalah sikit. Macam campak bebola daging dalam kuah kari ke apa ntah. Minyak punya lah banyak. But again, mungkin memang style masakan tu macam tu kan. Ikut selera kita lah lalu nak makan atau tak.

    OK selamat mencuba. Kalau nak cuba, jangan lupa belanja. Kalau nak belanja, boleh inform di twitter..... Krik krik krik .....

    Selamat Hari Emak!

    Sebenarnya hari ini mahu update benda lain. Tiba-tiba teringat, EH mana entry Hari Emak aku? Jadi kita kasi laluan kepada entry setahun sekali ni dulu OK.

    Saya ucapkan Selamat Hari Emak Kepada Emak saya, Emak awak, dan semua Emak-emak di dunia! Kecuali Emaknyah atau Emak Ayam. Yang itu tak payah diucapkan Selamat Hari Emak. Tak payah. Boleh blah.

    Kalau Emak tak ada, tak adalah kita. Pergi lah peluk cium emak selagi boleh. Tapi pastikan lah yang dipeluk cium itu emak sendiri. Karang engkau pergi peluk cium emak orang secara random, ada yang merasa makan pelempang.

    OK sudahlah. Tulis panjang-panjang bukan ada orang nak baca. Emak aku pun belum tentu baca HAHAHA T_____T


    Jangan tersalah faham. Yang kanan Emak, yang kiri anak. Tapi kenapa muka anak lagi tua dan kembang dari muka Emak?? T_______T Tak payah jawab.

    p/s: Entry terlambat sehari. But who cares? Saya sayang emak saya hari-hari! CEH cover macam loser je! T______T
     

    Designed By Amar Amirah Radzi | 2010 belog-cap-ayam.blogspot.com